Thursday, 13 November 2014

BILA SALAH SAIZ..INILAH AKIBATNYA..pelanggan juga menjadi mangsa

Tengahari tadi kami di datangi owner kereta MyVi yang komplen aircon keretanya tidak sejuk.Dia dah pernah pergi ke bengkel lain di Terengganu untuk tukar compressor.
Bila kami buat pemeriksaan,rupanya paip aircon (suction hose) dah haus dan bocor kerana berlaku pergeseran di antara paip dan compressor.,disebabkan kecuaian pekerja bengkel dulu menukar compressor baru yang lebih besar dari compressor yang asal.Berlaku pergeseran di antara paip dan compressor.
 Ini menyebabkan paip tersebut perlu diganti.Owner kereta tersebut sudah bertanya pada beberapa bengkel lain solution yang perlu diambil.Semuanya berkata perlu tukar paip baru.Anggaran kos dalam rm2++..
Bila owner tadi datang ke bengkel AZBI..Kami dapati paip tersebut hanya perlu diwelding sahaja..Sebab kebocoran paip tadi bukan kerana hakisan semulajadi paip .Hanya kerana kecuaian manusia.
Kos welding+gas+upah= rm100..
Alhamdulillah..kami dapat membantu pelanggan tadi mengurangkan kos.













Monday, 10 November 2014

MEREKA TERTIPU..

Antara cerita hari ini di Bengkel Azbi.Seorang Cik Puan membawa kereta Satria datang ke bengkel ,mengadu sebelum ni dia dah pergi ke bengkel aircon xxxx sebanyak 2kali.katanya mereka sudah mengganti kompressor dan kondenser serta segala komponen yang terlibat..Sudah terbang hampir rm2000!!!

Pening katanya,aircon masih tak sejuk..Sakit hati apatah lagi,bila bengkel tersebut taknak bagi gerenti.Bermacam-macam alasan diberi..Kebetulan cik puan tu bercerita dengan seorang kenalan kami juga..Seorang cikgu AIM..Cikgu Hakim..Dia pun perkenalkan kami ..

Bila Anas,pengurus AZBI KUANG periksa,rupa-rupanya paip aircon (suction hose) tak diganti dengan sengaja..Kesian customer tadi,rupanya dia ditipu dengan sengaja..
Teknik ini dah selalu kami dengar.Ada bengkel yang tidak jujur dengan customer,tujuannyasupaya customer tadi akan datang semula untuk tukar barang.Mereka akan dapat untung yang MELAMPAU-LAMPAU!!

Jadi tadi kami nasihatkan cust tadi supaya tukar paip yang bocor .Alhamdulillah selesai masalah..Gembiranya customer tadi..
HARGA TUKAR PAIP+UPAH KERJA+GAS + RM130..

**Ada lagi cerita tak sedap untuk cik puan tadi..kompressor yg ditukar sebelum ni,ada       tanda-tanda akan bocor..Tapi kami suruh dia running dulu..Kesian juga..ermm**


Bila ada bocor,dikawasan gegelang tadi akan keluar minyak dari kompressor.


Anas sedang memberi khidmat nasihat pada customer.

Anas sedang menunjukkan paip yg perlu diganti.

paip (suction hose) yang diganti



vaccum angin keluar..kosongkan paip.

gas aircon dimasukkan.

Alhamdulillah..sudah sejukkk...