Thursday, 30 October 2014

6 TIPS PENJAGAAN TAYAR KERETA

TAYAR komponen paling utama dan terpenting bagi sesebuah kenderaan. Jika rosak, ia boleh menyebabkan kemalangan, sekali gus mengancam nyawa pemandu dan penumpang tanpa diduga.
Cuba periksa tayar kereta anda. Perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar lain terdapat satu penyambung. Jika penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, ini bermakna ia perlu ditukar dalam tempoh tiga hingga empat bulan, bergantung kepada sekerap mana anda menggunakan kenderaan.
Berikut beberapa panduan apabila anda mahu menukar tayar kereta.
PERTAMA
Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Sebagai contoh, jika Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat.




KEDUA
Selepas mendapat saiz sesuai,Perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun).
Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, ia hanya boleh bertahan selama dua tahun selepas dikilangkan.




KETIGA
Mengenai saiz, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Sebagai contoh 205/50 VR 16 bermaksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim bersaiz 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar itu sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.





KEEMPAT
Kebanyakan kita lebih suka memilih tayar import. Bagaimanapun, kebanyakan tayar berkenaan dibuat berdasarkan iklim dan apabila digunakan di Malaysia yang panas terik, jangka hayatnya lebih pendek.




KELIMA
Tayar sepatutnya ditukar kedudukannya setiap tiga bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang.




KEENAM
Sekiranya kadar kehausan bunga di bahagian tepi kiri dan kanan lebih cepat berbanding di tengah, ini bermaksud selama tekanan angin tayar kurang.




BENGKEL AIRCOND DAN TAYAR AZBI

AZBI.. memang dah pakar dalam servis aircond kenderaan..Jadi dalam memperkembangkan lagi cabang bisnes,kami sudah memulakan perniagaan tayar ..Di Sg Choh sudah lebih 3 tahun.Di Kuang pula sudah 2tahun..


1.CAWANGAN KUANG

    LOT 2413,BATU 17,KAMPUNG CEMPEDAK,
    48050,KUANG,SELANGOR.
    TEL: 03-60385609 / 0122592970









     CAWANGAN SG CHOH

    1484A,KG SG CHOH STESEN,
    JALAN SG BUAYA,RAWANG.
    TEL: 03-60917602 / 0122933150










Sebarang pertanyaan boleh hubungi no telefon yang tertera..






Monday, 27 October 2014

ALAMAT BENGKEL AIRCOND AZBI

ASSALAMUALAIKUM...Kita baru je melangkah masuk ke tahun baru Awal Muharram.Semua berkobar-kobar dengan azam dan semangat baru..Alhamdulillah..Kami di AZBI AIRCOND juga tidak ketinggalan berazam,agar tahun baru ini akan lebih maju dan berdaya saing..
Semoga kami akan memberi khidmat yang lebih baik kepada para pelanggan.."ADD VALUE TO OTHER PEOPLE" kata Dr Azizan Osman.

ALAMAT-ALAMAT BENGKEL AZBI:

1.CAWANGAN KUANG

    LOT 2413,BATU 17,KAMPUNG CEMPEDAK,
    48050,KUANG,SELANGOR.
    TEL: 03-60385609 / 0122592970

2. CAWANGAN SG CHOH

    1484A,KG SG CHOH STESEN,
    JALAN SG BUAYA,RAWANG.
    TEL: 03-60917602 / 0122933150

3. CAWANGAN MASGENUINE

     G-13,DATARAN MASGENUINE,
     JALAN MELATI,KUANG,
     47000,SG BULOH,SELANGOR.